ms my

Kenapa?

Proses globalisasi bergerak ke arah mengaitkan upah dengan produktiviti dan prestasi pekerja atau syarikat. Malaysia perlu melakukan perkara yang sama dalam rantaian bekalan global dan mengekalkan serta menarik sumber tenaga kerja yang yang lebih produktif. Ianya juga jelas bahawa peningkatan upah tidak boleh melebihi peningkatan produktiviti pekerja. Selaras dengan kuatkuasanya Majlis Perundingan Gaji Negara, kerajaan seharusnya mempermudahkan dan memberikan insentif terhadap penerapan Sistem Upah yang Dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS). – Model Ekonomi Baru.


PLWS mampu meningkatkan daya saing dan menggalakkan kestabilan pekerjaan. Ianya juga membolehkan syarikat membangunkan satu pendekatan yang lebih luas dan sistematik ke arah peningkatan produktiviti atau prestasi.


Selari dengan era globalisasi dan kemajuan teknologi yang berterusan, syarikat menghadapi pusingan kitaran perniagaan yang lebih pendek dan persaingan yang lebih sengit. Untuk bertahan, syarikat perlu berupaya bertindak balas dengan cepat terhadap persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah, termasuk membuat penyelarasan segera terhadap kos upah. (PLWS juga membolehkan syarikat-syarikat menguruskan kos upah yang membolehkan syarikat menjadi lebih berdaya maju dan oleh itu pekerja dapat menikmati jaminan keselamatan pekerjaan yang lebih tinggi)

 

FAEDAH-FAEDAH DALAM PELAKSANAAN PLWS :-

  1. Menyediakan stuktur gaji yang lebih fleksibel sesuai dengan perubahan ekonomi semasa.
  2. Membolehkan syarikat menyelaras dasar-dasar untuk memenuhi keperluan ekonomi semasa.
  3. Menyediakan jaminan pekerjaan yang lebih baik dan mengurangkan risiko pemberhentian kerja sekiranya berlaku kelembapan ekonomi.
  4. Memastikan pekerja mendapat bahagian upah/ganjaran yang adil daripada peningkatan produktiviti.
  5. Memberi motivasi kepada pekerja yang mempunyai prestasi cemerlang dan meningkatkan kepuasan bekerja.
  6. Mempertingkatkan kualiti hidup dan skil kemahiran berkaitan kemajuan kerjaya pekerja.

 

 

CetakEmel

Perkhidmatan Online

online survey kalendar aktiviti maklumbalas faq e learning jppm login
 Survey Online  Kalendar Aktiviti  Maklumbalas Soalan Lazim
i-PLWS  Komuniti JPPM
gov msc eperolehan1 mohr mof ksn pmo2012 skillsmalaysia SL1Mlogo
qrcode

© 2016. Hak Cipta Terpelihara,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Portal PLWS - Paparan terbaik 1024 x 768
dengan IE 10.0 dan Mozila Firefox 30.0.1

HUBUNGI KAMI
icon phone  (6)03-8886 5460
icon email  plws@mohr.gov.my
icon fax  (6)03-8889 2355
0741928
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
42
485
1892
2978
14899
20686
741928

Ramalan Hari Ini
552

plws offcanvas