ms my

Komponen-komponen

 

componentsBM

 

 Dua elemen utama dalam PLWS ialah:

  1. Komponen Tetap
    Elemen ini terdiri daripada gaji pokok dan kenaikan gaji tahunan. Ia menentukan kestabilan pendapatan, bertindak sebagai petunjuk kepada nilai kerja, mempengaruhi kos sara hidup dan penyelarasan yang sewajarnya melalui kenaikan gaji tahunan. Walaubagaimanapun, kenaikan gaji tahunan hanya memberi impak yang kecil terhadap pendapatan dalam peningkatan kos sara hidup.

  2. Komponen Berubah : 
    Elemen ini menyediakan kepelbagaian komponen dalam menentukan produktiviti dan prestasi seseorang individu dan sesebuah organisasi. Ia dikaitkan dengan indikator pengukuran prestasi yang ditentukan di peringkat syarikat.

 

Komponen Tetap Terdiri Daripada :

  1. Gaji pokok
  2. Kenaikan gaji tahunan
  3. Bonus kontraktual (di mana berkaitan)

 

Komponen Berubah Terdiri Daripada :

 

     1)  Insentif Prestasi Syarikat atau Individu

    1. Peningkatan produktiviti

    2. Petunjuk prestasi utama

    3. Sasaran pengeluaran

    4. Pengukuran bukan kewangan seperti kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan

 

     2)  Insentif Prestasi Produktiviti

    1. Nilai tambah bagi setiap pekerja

    2. Nilai jualan bagi setiap pekerja

    3. Sasaran individu/ Kumpulan

    4. Pengurangan dalam jumlah kerosakan

 

     3)  Bonus Berasaskan Keuntungan

    1. Keuntungan sebelum cukai

    2. Keuntungan selepas cukai

    3. Pulangan terhadap jualan

    4. Pulangan terhadap ekuiti

    5. Pulangan terhadap pelaburan

    6. Keuntungan kasar operasi

    7. Keuntungan sebelum faedah dan cukai

 

     4)  Peningkatan Berasaskan Merit

    1. Berasaskan kepada fungsi kerja

    2. Berdasarkan kepada penilaian prestasi

    3. Pencapaian sasaran petunjuk prestasi

 

    5)  Insentif Berkumpulan

    1. Insentif berasaskan kepada prestasi berkumpulan

 

    6)  Insentif Komitmen

    1. Ketepatan masa

    2. Ketidakhadiran bekerja

    3. Kehadiran penuh ke tempat kerja

    4. Cuti Sakit

    5. Tatatertib

 

     7)  Elaun Atau Insentif Kemahiran

    1. Berkeupayaan melakukan lebih dari satu jenis fungsi kerja

    2. Berkeupayaan mengendalikan lebih dari satu jentera / mesin

    3. Mempunyai kelayakan / kemahiran dalam bidang khusus

 

     8)  Insentif Perkhidmatan

    1. Berdasarkan kepada Jabatan seperti Jabatan Penyelenggaraan, Penyambut Tetamu dan sebagainya

    2. Prestasi kumpulan atau individu

 

     9)  Bonus Berasaskan Prestasi Yang Berubah

    1. Bonus berasaskan kepada petunjuk prestasi utama dan prestasi individu

 

   10)  Insentif Pemungutan Debit atau Hutang

    1. Insentif berasaskan kepada tempoh pungutan

 

    11)  Elaun atau Insentif Berasaskan Prestasi

    1. Insentif untuk kakitangan kanan (yang telah mencapai gaji maksimum)

 

    12)  Insentif Jualan

    1. Insentif berasaskan kepada pencapaian sasaran jualan

 

    13)  Bonus Berasaskan Prestasi Individu Dan Syarikat

    1. Bonus berasaskan kepada perancangan perniagaan dan prestasi individu

    2. Keuntungan sebelum faedah dan cukai dan prestasi individu

    3. Keuntungan dan prestasi individu

 

    14)  Kenaikan Berasaskan Pulangan Kepada Pelaburan

    1. Kenaikan berasaskan kepada pulangan pelaburan dan prestasi individu

CetakEmel

Perkhidmatan Online

online survey kalendar aktiviti maklumbalas faq e learning jppm login
 Survey Online  Kalendar Aktiviti  Maklumbalas Soalan Lazim
i-PLWS  Komuniti JPPM
gov msc eperolehan1 mohr mof ksn pmo2012 skillsmalaysia SL1Mlogo
qrcode

© 2016. Hak Cipta Terpelihara,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Portal PLWS - Paparan terbaik 1024 x 768
dengan IE 10.0 dan Mozila Firefox 30.0.1

HUBUNGI KAMI
icon phone  (6)03-8886 5460
icon email  plws@mohr.gov.my
icon fax  (6)03-8889 2355
0723552
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
130
1888
4206
3738
17209
10585
723552

plws offcanvas