ms my

Kepentingan Produktiviti

 

semutBM

 

Mengapa produktiviti penting untuk negara?

  1. Produktiviti adalah berkaitan bagaimana manusia menggabungkan sumber-sumber yang ada untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan. Untuk negara pula, ia lebih kepada mewujudkan lebih banyak daripada sumber yang sedia ada seperti bahan-bahan mentah, buruh, kemahiran, modal, peralatan, tanah, harta intelek, keupayaan pengurusan dan modal kewangan. Dengan pemilihan yang tepat, peningkatan pengeluaran, nilai tambah dan pendapatan yang lebih tinggi boleh dicapai daripada setiap jam bekerja.

  2. Semakin tinggi produktiviti sesebuah negara, semakin tinggi taraf hidup dan lebih banyak pilihan yang boleh dipilih untuk mencapai kehidupan yang lebih sejahtera. Kesejahteraan boleh ditingkatkan melalui beberapa perkara seperti kesihatan dan pendidikan; jalan raya dan infrastrukur yang berkualiti; komuniti yang lebih selamat; memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan; dan meningkatkan tahap persekitaran yang lebih baik.

Mengapa produktiviti penting untuk syarikat?

  1. Produktiviti membantu syarikat menetapkan matlamat dan mewujudkan kesedaran  :
    1. Tetapkan matlamat keseluruhan produktiviti untuk syarikat anda
    2. Meningkatkan kesedaran dan komitmen daripada kakitangan

  1. Produktiviti membolehkan anda tahu di tahap mana anda berada:
    1. Menilai prestasi semasa syarikat anda
    2. Mengenalpasti jurang dan bidang yang perlu diperbaiki

  2. Produktiviti merancang hala tuju syarikat :
    1. Menetapkan sasaran dan merangka strategi
    2. Melaksanakan tindakan-tindakan tertentu

  3. Produktiviti memantau dan mengukuhkan prestasi syarikat:
    1. Akaun untuk pihak berkepentingan
    2. Mengenalpasti jurang dan tempat yang perlu diperbaiki
    3. Menggabungkan usaha dan ganjaran untuk memotivasikan pekerja.

Mengapa produktiviti penting kepada pekerja?

  1. Faedah kepada pelanggan

    Produktiviti di tempat kerja sering diterjemahkan kepada interaksi dan khidmat pelanggan yang baik, di mana menjadi kunci kepada kepuasan pelanggan.  Kebanyakan syarikat yang tinggi produktivitinya di seluruh dunia menggunakan faedah ini dengan menarik pelanggan yang setia menggunakan produk tersebut. Dengan adanya pelanggan tetap ini, secara tidak langsung ianya akan berkongsi kepada orang lain tentang produk yang digunakan. Ini membantu syarikat meningkatkan pemasaran dan produktiviti syarikat.

  2. Syarikat

    Pekerja sendiri adalah satu pelaburan oleh syarikat dan sama seperti mana pelaburan yang lain, yang mana ianya menghasilkan pulangan yang sihat atau memberi feadah kepada syarikat. Oleh itu, pekerja yang sangat produktif membolehkan syarikat  dapat mencapai matlamatnya dari pelaburan yang mereka lakukan.


  3. Sumber tenaga kerja atau pekerja

    Syarikat yang mempunyai produktiviti tinggi akhirnya akan berjaya dan insentif perlu disediakan kepada pekerja. Ini termasuklah, kenaikan upah, bonus, dan insuran perubatan dan sebagainya. Ianya juga akan memberikan motivasi kepada pekerja dan menawarkan mereka lebih banyak peluang pekerjaan kerana syarikat tersebut berkembang. 

CetakEmel

Perkhidmatan Online

online survey kalendar aktiviti maklumbalas faq e learning jppm login
 Survey Online  Kalendar Aktiviti  Maklumbalas Soalan Lazim
i-PLWS  Komuniti JPPM
gov msc eperolehan1 mohr mof ksn pmo2012 skillsmalaysia SL1Mlogo
qrcode

© 2016. Hak Cipta Terpelihara,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Portal PLWS - Paparan terbaik 1024 x 768
dengan IE 10.0 dan Mozila Firefox 30.0.1

HUBUNGI KAMI
icon phone  (6)03-8886 5460
icon email  plws@mohr.gov.my
icon fax  (6)03-8889 2355
0741921
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
35
485
1885
2978
14892
20686
741921

Ramalan Hari Ini
552

plws offcanvas