plws bm1

Kaedah Meningkatkan Produktiviti

 

 5ways chartBM

 

Pada asasnya, terdapat lima cara untuk meningkatkan produktiviti iaitu:

 

a) Pengurangan Kos

pengurangan kos

Kaedah ini menunjukkan bahawa sesebuah syarikat boleh mengurangkan kos pengeluaran dengan mengurangkan jumlah input tetapi mengekalkan jumlah output. Sebagai contoh, sebelum ini dengan 10 unit input, syarikat berjaya menghasilkan 1000 unit output. Melalui kaedah ini, syarikat boleh menghasilkan 1000 output dengan hanya 9 unit input.

 

 

b) Mengurus Pertumbuhan

mengurus pertumbuhan

Di bawah kaedah ini, syarikat boleh menguruskan pertumbuhan dengan meningkatkan jumlah output lebih daripada jumlah input. Sebagai contoh, jika input meningkat sebanyak 10%, pengeluaran perlu ditingkatkan sebanyak 20 %.

 

 

c) Kerja Secara Bijak

kerja secara bijak

Di bawah kaedah ini, syarikat boleh meningkatkan jumlah output tanpa mengubah jumlah input. Ini menunjukkan bahawa syarikat mampu memotivasikan pekerja-pekerja untuk meningkatkan produktiviti dalam penggunaan input secara berkesan.

 

 

d) Tujuan Menurunkan

tujuan menurunkan

Kaedah ini menunjukkan bahawa syarikat mengurangkan input sebanyak 20 %, tetapi hanya mengurangkan output sebanyak 10 % . Ini menunjukkan bahawa, syarikat telah meningkatkan produktiviti pekerja-pekerja.

 

 

e) Kerja Secara Effektif

kerja secara effektif

Kaedah ini menunjukkan bahawa syarikat mampu meningkatkan produktiviti secara drastik disebabkan output meningkat walaupun input berkurangan.

CetakEmel

Perkhidmatan Online

online survey kalendar aktiviti maklumbalas faq e learning jppm login
 Survey Online  Kalendar Aktiviti  Maklumbalas Soalan Lazim
i-PLWS  Komuniti JPPM
gov msc eperolehan1 mohr mof ksn pmo2012 skillsmalaysia SL1Mlogo
qrcode

© 2016. Hak Cipta Terpelihara,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Portal PLWS - Paparan terbaik 1024 x 768
dengan IE 10.0 dan Mozila Firefox 30.0.1

HUBUNGI KAMI
icon phone  (6)03-8886 5460
icon email  plws@mohr.gov.my
icon fax  (6)03-8889 2355
0800310
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
86
475
1760
2876
12821
14340
800310

Ramalan Hari Ini
552

plws offcanvas