plws bm1

Faedah Pengukuran Produktiviti

Sumber yang terhad dan persaingan global menyebabkan  peningkatan produktiviti memainkan peranan yang penting dan sangat diperlukan bagi meneruskan kelangsungan dalam semua sektor ekonomi. Peningkatan produktiviti bermakna peningkatan dalam kekayaan untuk dikongsi bersama oleh pekerja, majikan, pemegang saham, kerajaan dan negara.

 

Peningkatan produktiviti akan menyumbang kepada peningkatan output yang lebih besar, kadar upah yang lebih tinggi dan keuntungan yang lebih besar seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah:

 

Peningkatan produktiviti menyumbang kepada peningkatan output yang lebih besar, Upah yang lebih tinggi dan keuntungan yang lebih besar

 

faedah pengukuran produktivitiBM

 

 

a) Faedah kepada individu dan pekerja

 

i) Peningkatan Ganjaran

Keuntungan dari peningkatan produktiviti dikongsi bersama oleh pekerja-pekerja dalam bentuk kenaikan upah dan gaji sebagai ganjaran serta bagi mengekalkan usaha mereka.

 

ii) Suasana kerja yang lebih baik

Dalam syarikat yang mempunyai tahap produktiviti yang tinggi, penekanan diberikan terhadap emosi dan persekitaran kerja yang lebih baik

 

iii) Keselamatan Kerja

Syarikat yang mencapai peningkatan produktiviti  tinggi  lebih stabil

 

iv) Peningkatan Penghargaan

Pekerja merasa lebih dihargai apabila usaha mereka diberi ganjaran

 

v) Pembangunan kemahiran dan kecekapan kerja

Dalam memastikan peningkatan produktiviti secara progresif ,hasil daripada produktiviti juga digunakan bagi bagi memberi latihan dan pembangunan pekerja

 

 

b) Faedah Kepada Pengguna

 

i) Harga barang dan perkhidmatan yang lebih rendah

Peningkatan produktiviti akan mengurangkan kos pengeluaran setiap unit membolehkan harga yang lebih rendah ditawarkan kepada pengguna

 

ii) Lebih banyak barangan dan perkhidmatan ditawarkan dengan kualiti yang lebih baik.

Apabila tahap produktiviti meningkat dan output menjadi lebih berdaya saing dari segi kualiti dan kuantiti, barang-barang yang berkualiti dan perkhidmatan yang lebih baik dapat diberikan kepada pengguna.

 

 

c) Faedah Untuk Pengeluar

 

i)Perkembangan dalam pembentukan modal

Dengan perkembangan modal dan pendapatan,pengeluar boleh menawarkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan dalam pasaran dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan

 

ii) Keupayaan meningkatkan keupayaan teknikal

Peningkatan kemahiran teknikal membolehkan pengeluar  meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan mereka.

 

iii) Meningkatkan daya saing di pasaran

 

 

d) Faedah Kepada Kerajaan

  1. Meningkatkan keupayaan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan sosial yang lebih banyak dan lebih baik.
  2. Meningkatkan keupayaan kerajaan untuk menjalankan program-program pembangunan yang lebih berkesan

 

 

e) Faedah Kepada Negara

  1. Mengurangkan kesan inflasi.
  2. Menghapuskan konflik sosial apabila lebih banyak barangan dan perkhidmatan yang disediakan pada harga yang berpatutan dan peningkatan kuasa membeli pengguna.
  3. Kewujudan peluang pekerjaan yang lebih banyak.
  4. Taraf kehidupan yang lebih baik untuk rakyat

 

CetakEmel

Perkhidmatan Online

online survey kalendar aktiviti maklumbalas faq e learning jppm login
 Survey Online  Kalendar Aktiviti  Maklumbalas Soalan Lazim
i-PLWS  Komuniti JPPM
gov msc eperolehan1 mohr mof ksn pmo2012 skillsmalaysia SL1Mlogo
qrcode

© 2017. Hak Cipta Terpelihara,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Portal PLWS - Paparan terbaik 1024 x 768
dengan IE 10.0 dan Mozila Firefox 30.0.1

HUBUNGI KAMI
icon phone  (6)03-8886 5460
icon email  plws@mohr.gov.my
icon fax  (6)03-8889 2355
0870819
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
10
324
1436
3325
5593
17117
870819

Ramalan Hari Ini
384

plws offcanvas