plws bm1

Bagaimana Mengaitkan Produktiviti Dengan Upah

  1. Produktiviti bermaksud output dibahagikan dengan input. Sekiranya produktiviti meningkat,  pertambahan gaji yang diterima merupakan insentif untuk pekerja terhadap peningkatan produktiviti.

  2. Upah dan produktiviti adalah saling berkait rapat. Semakin produktif seseorang pekerja itu maka semakin tinggi upah yang akan diperolehinya.

  3. Melalui PLWS, peningkatan upah yang seiring dengan produktiviti yang lebih tinggi boleh meningkatkan daya saing syarikat.

  4. Produktiviti memberi kesan yang positif kepada pekerja. Pekerja digalakkan untuk lebih produktif dan menunjukkan prestasi yang lebih baik dan sebagai ganjarannya mereka akan menerima insentif yang adil daripada syarikat di atas usaha mereka.

  5. Produktiviti yang tinggi akan membentuk situasi menang-menang diantara pekerja dan majikan dan kerjasama yang terjalin itu boleh meningkatkan lagi prestasi syarikat.

  6. Upah mewakili sebahagian besar elemen yang penting dalam hubungan pekerjaan dan ianya mempunyai kepentingan yang sama pada majikan, pekerja dan kerajaan kerana:
    1. Di pihak majikan, ia mewakili sebahagian besar dari kos operasi dan menjadi semakin penting untuk produktiviti pekerja dan daya saing syarikat serta juga boleh mempengaruhi keupayaan majikan untuk menggaji dan mengekalkan tenaga kerja yang berkualiti;

    2. Di pihak pekerja pula, ia merupakan asas kepada taraf kehidupan dan boleh menjadi ukuran terhadap nilai perkhidmatan dan produktiviti yang diberikan; dan

    3. Di pihak kerajaan pula, ia boleh memberi kesan terhadap aspek kestabilan makro-ekonomi seperti pekerjaan, inflasi, kuasa beli dan pembangunan sosio-ekonomi secara umum.

 

CetakEmel

Perkhidmatan Online

online survey kalendar aktiviti maklumbalas faq e learning jppm login
 Survey Online  Kalendar Aktiviti  Maklumbalas Soalan Lazim
i-PLWS  Komuniti JPPM
gov msc eperolehan1 mohr mof ksn pmo2012 skillsmalaysia SL1Mlogo
qrcode

© 2016. Hak Cipta Terpelihara,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Portal PLWS - Paparan terbaik 1024 x 768
dengan IE 10.0 dan Mozila Firefox 30.0.1

HUBUNGI KAMI
icon phone  (6)03-8886 5460
icon email  plws@mohr.gov.my
icon fax  (6)03-8889 2355
0828791
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
145
465
784
3205
11040
14998
828791

Ramalan Hari Ini
792

plws offcanvas