plws bm1

JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) merupakan salah satu jabatan   dibawah Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan pada 21 Disember 1972. Jabatan ini memainkan peranan penting dalam mempromosikan Sistem Upah Yang Dikaitkan dengan Produktivti (PLWS) semenjak tahun 2005. Sehingga hari ini terdapat 76, 023 majikan yang telah melaksanakan PLWS dan angka ini telah menunjukkan ramai majikan telah berminat untuk melaksanakan PLWS. Produktivti merupakan salah satu faktor utama dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara serta taraf kehidupan penduduknya. Oleh itu peningkatan dalam produktiviti adalah strategik utama  dalam mempertingkatkan daya saing ekonomi negara dan dalam masa yang sama dapat membantu syarikat meningkatkan prestasi dan keuntungan mereka. Menyedari kepentingan dalam mempertingkatkan produktiviti syarikat dan negara, kerajaan melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia telah memperkenalkan PLWS dan aktif mempromosikan PLWS.

 

Misi JPPM

Membantu mewujudkan suasana kondusif  untuk pelaburan dan oleh itu menggalakkan pelabur luar dan dalaman untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

 

Objektif JPPM

a.)  Mempromosi dan mengekalkan hubungan perusahaan yang positif dan harmoni diantara majikan, pekerja dan juga kesatuan sekerja serta organisasi.

b.)  Mewujudkan suasana aman damai dan hubungan industri yang kondusif.

 

Peranan Jabatan Perhubungan Perusahaan berkaitan PLWS :.

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)  memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran dikalangan majikan-majikan untuk mempertingkatkan produktiviti melalui pelaksanaan PLWS.

Jabatan ini bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam melaksanakan program-program promosi. Terdapat beberapa program tahunan telah dan akan dijalankan oleh Jabatan ini dalam usaha  menggalakkan majikan-majikan melaksanakan PLWS seperti berikut :-

 

a.)  Simposium Kebangsaan

b.)  Seminar / Bengkel / dialog

c.)   Bimbingan

d.)  Khidmat nasihat kepada majikan

 

Portal My PLWS

Mulai tahun 2004, Jabatan ini telah membangunkan Portal My PLWS dan kepada pihak yang berminat boleh lah mengakses portal ini. Secara asasnya, Portal ini mempunyai pelbagai maklumat lengkap berkaitan PLWS. Ianya meliputi definisi, konsep dan faedah PLWS, konsep produktiviti, peringkat atau kaedah pelaksanaan PLWS, e-Learning (Kalkulator Produktiviti dan i-plws) . Sebagai tambahan, portal ini juga menyediakan  “live chat” dan setiap pertanyaan akan dijawab dan dirujuk kepada pihak yang berkaitan secepat yang mungkin.

 

Portal ini juga menyediakan kalendar dan verita terkini berkaitan aktiviti PLWS yang akan diadakan sepanjang tahun  untuk memudahkan pihak majikan merancang, sekiranya mereka berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti seperti seminar atau bengkel, mahu pun simposium yang dianjurkan oleh jabatan ini. 

 

Majikan yang berminat untuk melaksana PLWS, boleh lah menghubungi pihak jabatan ini melalui telefon yang telah disediakan didalam portal ini atau email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..">Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. 

CetakEmel

Perkhidmatan Online

online survey kalendar aktiviti maklumbalas faq e learning jppm login
 Survey Online  Kalendar Aktiviti  Maklumbalas Soalan Lazim
i-PLWS  Komuniti JPPM
gov msc eperolehan1 mohr mof ksn pmo2012 skillsmalaysia SL1Mlogo
qrcode

© 2016. Hak Cipta Terpelihara,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Portal PLWS - Paparan terbaik 1024 x 768
dengan IE 10.0 dan Mozila Firefox 30.0.1

HUBUNGI KAMI
icon phone  (6)03-8886 5460
icon email  plws@mohr.gov.my
icon fax  (6)03-8889 2355
0800351
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
127
475
1801
2876
12862
14340
800351

Ramalan Hari Ini
552

plws offcanvas