ms my

Perbadanan Produktiviti Malaysia (PPM)

 

Latar Belakang

  1. Perbadanan Produktiviti Malaysia (PPM) telah ditubuhkan sebagai Pusat Daya Pengeluaran Negara pada tahun 1962, iaitu suatu projek bersama Dana Khas Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kerajaan Persekutuan dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai agensi pentadbir.

  2. Pusat Daya Pengeluaran Negara menjadi sebuah Badan berautonomi melalui Akta (Memperbadankan) Majlis Daya Pengeluaran Negara Bilangan 19 pada tahun 1966. Akta ini telah dipinda oleh Akta (Memperbadankan) Majlis Daya Pengeluaran Negara (Pindaan) Akta A305, 1975 sesuai dengan perkembangan Pusat ini.

  3. Majlis Daya Pengeluaran Negara telah dinamakan Perbadanan Produktiviti Negara pada 1 Disember 1991 apabila Akta (Memperbadankan) Majlis Daya Pengeluaran Nasional (Pindaan) Akta A801 dikuatkuasakan.

  4. Akta Perbadanan Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1996 sekali lagi dipinda dan disebut sebagai Akta Perbadanan Produktiviti Malaysia (Pemerbadanan), 1996. Nama baru Malaysia (Perbadanan), 1966. Nama baru telah diwartakan pada 21 Februari 2008. Pindaan ini adalah bertujuan untuk memperjelaskan status Perbadanan tersebut sebagai suatu badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan produktiviti Negara, khususnya kepada masyarakat antarabangsa.

Visi

Organisasi utama dalam meningkatkan produktiviti untuk inovasi dan daya saing global.



Misi

Memberi perkhidmatan berkesan untuk mencapai prestasi cemerlang melalui inovasi ke arah meningkatkan taraf hidup.



Objektif

  1. Menyediakan maklumat mengenai produktiviti, kualiti, daya saing dan amalan-amalan terbaik melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan pangkalan data.
  2. Membangunkan modal insan dan kecemerlangan organisasi bagi membentuk masyarakat berasaskan pengetahuan menerusi latihan, pembangunan sistem dan amalan terbaik.
  3. Memupuk budaya kreatif dan inovatif demi Produktiviti dan Dayasaing menerusi program jalinan kerjasama.

PERANAN PPM DALAM PLWS

  1. Penasihat kepada syarikat-syarikat yang ingin melaksanakan PLWS.
  2. Menyediakan bantuan teknikal dalam pelaksanaan PLWS.
  3. Memberi taklimat kepada syarikat-syarikat untuk pihak pengurusan, pekerja atau kesatuan sekerja.
  4. Menyediakan perundingan kepada syarikat-syarikat mengenai pelaksanaan PLWS.
  5. Bertindak sebagai orang tengah untuk pelaksanaan PLWS di dalam syarikat.
  6. Menerbitkan artikel, garis panduan dan laporan mengenai PLWS.
  7. Menyediakan alat-alat dalam mengukur prestasi produktiviti untuk pautan ke PLWS.

CetakEmel

Perkhidmatan Online

online survey kalendar aktiviti maklumbalas faq e learning jppm login
 Survey Online  Kalendar Aktiviti  Maklumbalas Soalan Lazim
i-PLWS  Komuniti JPPM
gov msc eperolehan1 mohr mof ksn pmo2012 skillsmalaysia SL1Mlogo
qrcode

© 2016. Hak Cipta Terpelihara,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Portal PLWS - Paparan terbaik 1024 x 768
dengan IE 10.0 dan Mozila Firefox 30.0.1

HUBUNGI KAMI
icon phone  (6)03-8886 5460
icon email  plws@mohr.gov.my
icon fax  (6)03-8889 2355
0771075
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
283
461
4433
3382
13662
14740
771075

Ramalan Hari Ini
264

plws offcanvas