plws bm1

Sistem Upah Yang Dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS) ; Pemacu kearah status negara maju dan berpendapatan tinggi

Malaysia berhasrat mencapai status Negara  maju dan  berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dengan pendapatan per kapita nasional (GNI) sekurang-kurangnya AS$ 15, 000. Ini merupakan suatu cabaran besar yang harus dipikul bersama oleh semua lapisan  masyarakat kita yang berbilang kaum.  Tahun 2016 merupakan titik permulaan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke sebelas (RMKe-11) dimana pembangunan ekonomi akan dijangka lebih mencabar berikutan ketidaktentuan ekonomi global.   Cabaran tersebut  bukan sekadar   mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi yang  mampan, malah juga untuk memastikan kekayaan negara dapat diagihkan secara adil kepada semua golongan pekerja tanpa mengira gender, bangsa dan status sosio-ekonomi .

Bagi merealisasikan Wawasan 2020, transformasi ekonomi perlu dilaksana secara menyeluruh. Produktiviti negara perlu dipacu kesatu tahap yang lebih tinggi agar rakyat dapat menikmati tahap kualiti hidup yang lebih baik. Disamping itu, pendapatan rakyat perlu ditingkatkan melalui peningkatan produktiviti yang berterusan. Dalam rancangan Malaysia ke 11 produktiviti buruh disasarkan meningkat daripada RM 77,100 pada tahun 2015 kepada RM 92,300 pada tahun 2020. Lantaran itu, produktiviti akan menjadi satu indikator dalam mengukur produktiviti negara dan kesejahteraan rakyat. Lantaran itu pelbagai dasar dan strategik telah diatur oleh kerajaan untuk mempertingkatkan produktiviti Negara dan salah  satu strategik  adalah  melalui pelaksanaan Sistem Upah Yang Dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS).

PLWS merupakan singkatan daripada perkataan  bahasa Inggeris iaitu Productivity Linked Wages System atau dalam bahasa Malaysia ialah Sistem Upah Yang Dikaitkan dengan Produktiviti. Ianya merupakan sistem yang lebih fleksibel dimana upah yang dibayar kepada pekerja berkait rapat dengan produktiviti atau prestasi mereka atau organisasi secara keseluruhannya. Secara asasnya,  terdapat 3 model yang telah diperkenalkan iaitu Model Produktiviti, Keuntungan dan  Gabungan. PLWS memberi faedah bukan sahaja dalam bentuk kewangan, tetapi juga dalam bentuk bukan kewangan. Dalam bentuk kewangan pekerja akan menikmati bukan sahaja pendapatan yang lebih tinggi, tetapi juga dari aspek kepuasan bekerja dan motivasi. Dipihak majikan pula, mereka akan menikmati peningkatan dari aspek keuntungan hasil daripada peningkatan produktiviti dan juga dalam bentuk bukan kewangan adalah untuk meningkatkan hubungan yang baik diantara pekerja dan juga komitmen pekerja dari aspek disiplin, kehadiran bekerja, pusing ganti pekerja, kualiti produk dan sebagainya. Impak secara keseluruhan akan dinikmati oleh Negara apabila produktiviti buruh juga meningkat dan justru itu  dapat membantu memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.  

Selaras dengan dasar-dasar kerajaan untuk menggalakkan pelaksanaan PLWS, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia dibawah Kementerian Sumber Manusia telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan PLWS khususnya kepada  syarikat-syarikat swasta dengan menganjurkan , seminar, bengkel, lawatan ke tempat pekerjaan, khidmat nasihat dan juga mewujudkan portal berkaitan PLWS yang boleh dicapai melalui URL : www.plws.gov.my sebagai rujukan kepada pihak-pihak yang berminat untuk melaksanakan PLWS.

Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem iaitu YB Menteri Sumber Manusia dalam ucapan perasmian Pelancaran Portal MyPLWS  pada 6 Mac 2014 di Everly Hotel Putrajaya berkata, PLWS telah diperkenalkan semenjak tahun 1996, apabila Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) yang ahlinya terdiri daripada Wakil pihak Majikan (Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia – MEF), Wakil Pekerja (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia - MTUC) dan Wakil Kerajaan (Kementerian Sumber Manusia) telah  bersetuju supaya di wujudkan satu Garis Panduan Sistem Reformasi Gaji sebagai panduan kepada para majikan dan pekerja atau  kesatuan sekerja untuk merumuskan jenis-jenis sistem reformasi gaji yang bersesuaian dengan kepentingan dan persekitaran syarikat masing-masing. Dengan itu, kemneterian Sumber Manusia telah memainkan peranan penting dalam memperkenalkan PLWS sebagai satu sistem upah yang berkait rapat di antara upah dan produktiviti bagi meningkatkan daya saing syarikat dan seterusnya kepada peningkatan daya saing Negara.

Kajian pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif terhadap  upah dan produktiviti. Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh P.E Research menunjukkan syarikat yang melaksanakan PLWS mampu meningkatkan pendapatan pekerja  di antara 10 % hingga 16 % bergantung kepada saiz organisasi. Kajian ini juga membuktikan syarikat yang melaksanakan PLWS mampu mempertingkatkan produktiviti mereka dan kesan daripada peningkatan produktiviti dan plws juga menyumbang kepada peningkatan Keluaran dalam Negara Kasar  (KDNK). Contohnya, sekiranya jumlah syarikat yang melaksanakan PLWS meningkat sebanyak 24 %  maka produktiviti juga akan meningkat sebanyak 15 % . Peningkatan kedua-dua faktor ini akan  menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar  (KDNK) sejumlah  RM 115 juta setahun.  Ini membuktikan bahawa impak daripada pelaksanaan PLWS adalah sangat tinggi dari aspek pendapatan pekerja dan produktiviti serta prestasi syarikat dan akhirnya menjurus kepada pertumbuhan ekonomi Negara yang lebih mampan.

Berdasarkan statisti , hasil daripada aktiviti promosi yang dijalankan semenjak tahun 1996 telah berjaya meningkatkan bilangan majikan yang telah melaksanakan PLWS dari tahun ke setahun. Jumlah  syarikat yang telah melaksanakan PLWS sehingga Julai  2015 adalah sejumlah  78, 210 yang memberi faedah kepada 3, 332,966 pekerja dari aspek penambahan pendapatan bulanan.  Sektor Perkhidmatan merupakan sektor tertinggi melaksanakan PLWS iaitu sejumlah 58,067 syarikat diikuti oleh sektor Pembuatan iaitu 10,337 syarikat, sektor Pembinaan sebanyak  5,258 syarikat, sektor Pertanian sejumlah 3,901  syarikat dan lain-lain sektor sebanyak 647 majikan. Sehubungan dengan ini, usaha-usaha  proaktif  akan terus dilaksanakan bersama pertubuhan majikan-majikan dan kesatuan-kesatuan sekerja untuk meningkatkan bilangan syarikat yang melaksanakan PLWS.

Peningkatan pelaksanaan PLWS oleh syarikat menunjukkan bahawa semakin banyak syarikat yang berminat untuk melaksanakan PLWS. Perkembangan yang positif  ini dapat menggambarkan bahawa PLWS telah dapat diterima- pakai oleh syarikat dan ianya secara langsung memberi petunjuk positif ke arah status sebuah Negara maju dan berpendapatan tinggi. Demi mencapai hasrat negara, majikan serta para pekerja di  Malaysia hendaklah bersatu padu, bekerjasama dan berganding bahu ke arah peningkatan upah yang selari dengan peningkatan produktiviti yang lebih tinggi.

Pencapaian yang memberangsangkan ini menggambarkan Program Transformasi Kerajaan telah memberikan impak  yang positif dan petunjuk positif ini jelas menunjukkan kejayaan inisiatif kerajaan untuk memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih berdaya saing, mampan, kukuh dan stabil pada masa hadapan.

Harapan kerajaan agar pihak majikan, pekerja-pekerja dan kesatuan sekerja pekerja  dapat menerima pakai PLWS dan menjadikannya satu amalan pengurusan sumber manusia yang efektif.

MOHD SHARIFFUDIN BIN PADZIL

Unit promosi dan Publisiti PLWS

Bahagian Keharmonian Perusahaan

Jabatan Perhuubngan Perusahaan Malaysia

Putrajaya

CetakEmel

Perkhidmatan Online

online survey kalendar aktiviti maklumbalas faq e learning jppm login
 Survey Online  Kalendar Aktiviti  Maklumbalas Soalan Lazim
i-PLWS  Komuniti JPPM
qrcode

© 2016. Hak Cipta Terpelihara,
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Portal PLWS - Paparan terbaik 1024 x 768
dengan IE 10.0 dan Mozila Firefox 30.0.1

HUBUNGI KAMI
icon phone  (6)03-8886 5460
icon email  plws@mohr.gov.my
icon fax  (6)03-8889 2355
0800355
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
131
475
1805
2876
12866
14340
800355

Ramalan Hari Ini
552

plws offcanvas